Wednesday 6 July 2011

PROGRAM "TARGET A"


Program "Target A" merupakan satu program Insentif Kecemerlangan Akademik bagi tahun 2011. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap peperiksaan yang mereka hadapi. Program ini mencakupi semua kategori pelajar samada yang bijak atau pun yang lemah, dengan syarat mereka dapat menunjukkan peningkatan yang cemerlang dalam setiap ujian yang mereka duduki
.

Pelancaran perasmian program "Target A" ini telah disempurnakan oleh oleh Pegawai Pelajaran Daerah yang baru, Tuan Mohd Sah Bin Zainal Abidin di Dataran Cendekiawan pada pagi 4 Julai 2011. Turut dirasmikan 3 program yang lain iaitu Program Lonjakan Saujana, Minggu Bahasa dan Minggu Teknik & Vokasional. 
Diharap dengan adanya program sebegini akan melonjakkan lagi pencapaian akademik sekolah kita ke peringkat yang lebih baik.


Di bawah dilampirkan promosi akademik target A...Para pelajar sahutlah cabaran ini ...






No comments:

Post a Comment