Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts
Friday, 30 March 2012
Wednesday, 14 March 2012
PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2011
Menurut satu kenyataan di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my :
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
Kepada semua pelajar SMK Taman Tuanku Jaafar,
semoga kalian mencapai kejayaan cemerlang.
Sunday, 4 March 2012
MESYUARAT & TAKLIMAT PENDAFTARAN SPM
Mesyuarat & Taklimat Pendaftaran SPM 2012 telah diadakan baru-baru ini kepada semua Setiausaha Peperiksaan SPM seperti ketetapan di bawah:
Tarikh : 29 hb Feb - 2 hb Mac 2012
Tempat : Hotel Permaisuri, MITC, Melaka
Anjuran : Unit Peperiksaan SPM, JPNS
Semua SUP SPM diberi taklimat mengenai Pendaftaran SPM online yang diadakan sepanjang Mac ini. Selain itu, pelbagai isu berkaitan dengan pengurusan SPM telah dikongsi bersama oleh Pegawai SPP antaranya Pengendalian Pusat Peperiksaan, Calon Berkeperluan Khas dan sebagainya. Para peserta juga mendengar sesi khas dari Pegawai Lembaga Peperiksaan berkaitan Pembinaan Item. Semoga program ini meningkatkan pengetahuan SUP mengendalikan peperiksaan SPM di sekolah masing-masing.

Subscribe to:
Comments (Atom)