Showing posts with label Perjumpaan profesional. Show all posts
Showing posts with label Perjumpaan profesional. Show all posts

Saturday, 30 June 2012

PERJUMPAAN PROFESSIONAL 2012

Program ini dapat berjalan seperti dirancang pada 28 Jun 2012 (Khamis) yang lalu di kelas masing-masing seperti ketetapan dibawah :
- 11.00 pagi hingga 1.10 petang ( Pelajar Sesi Pagi)
- 4.30 petang hingga 6.30 petang ( Pelajar Sesi Petang)



Antara objektif program 
1- Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan.
2- Dapat memberi pendedahan dan panduan tentang kerjaya anak- anak mereka
3- Dapat mengeratkan hubungan baik antara ibu bapa / penjaga dengan guru-guru.

Penyertaan ibu bapa kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya berdasarkan borang yang dilengkapkan oleh guru tingkatan.:

          Sesi Pagi                    543 / 1061
          Sesi Petang              –  263 / 384   
          Jumlah Keseluruhan - 806 orang  (70.39 %)

Sekitar hari bersejarah itu :

















Monday, 18 June 2012

SURAT MAKLUMAN PERJUMPAAN PROFESIONAL


Ruj. Tuan        :
Ruj. Kami        :   Bil ( 04  ) dlm. SMKTTJ/05/06/009
Tarikh              :    15 Jun 2012

Kepada,
Semua Ibu bapa / Penjaga  pelajar,
SMK Taman Tuanku Jaafar.

Tuan/ Puan,

Perjumpaan  Profesional Ibu bapa, Guru dan  Pelajar  2012

Dengan segala hormatnya,  perkara  di atas  adalah  dirujuk .

2.         Perjumpaan Profesional  tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut .

                        Tarikh              :  28 Jun 2012  (Khamis)

                        Masa                :  11.10 pagi  hingga  1.10 petang (Sesi Pagi)
                                                   4.30 petang hingga  6.30 petang    (Sesi Petang)

                        Tempat            :  Sek. Men. Keb. Taman Tuanku Jaafar, Seremban

3.         Tuan/ puan dijemput untuk berbincang, bertukar-tukar fikiran demi pembinaan sahsiah dan meningkatkan prestasi anak masing-masing untuk kemajuan akademik serta peluang kerjaya anak-anak.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
  
Saya yang menurut perintah ,

 ........................................
Pengetua
SMK Taman Tuanku Jaafar,
71450 Seremban,
Negeri Sembilan.

Saturday, 2 July 2011

PERJUMPAAN PROFESIONAL 2011

Syukur dengan ketentuan-Nya program ini telah dapat diadakan pada hari ini (1 Julai 2011) bertempat di kelas masing-masing pada ketentuan berikut : 
 - Pelajar sesi pagi - 10.00 pagi - 12.20 tengahari.
 - Pelajar sesi petang - 4.00 petang - 6.30 petang.


Antara tujuan perjumpaan ini ialah :
1- Dapat mempertemukan antara ibu bapa / penjaga, guru-guru dan pelajar untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran demi pembinaan sahsiah serta kemajuan akademik anak-anak.
2- Dapat memberi pendedahan dan panduan tentang kerjaya anak-anak mereka.
3- Dapat mempereratkan hubungan baik antara ibu bapa / penjaga dengan guru-guru.

Program tahunan ini amat penting bagi pihak sekolah bagi mendapat maklumbalas mengenai cara guru mengajar dan juga prestasi peperiksaan pelajar khususnya peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.Sebahagian besar ibu bapa / penjaga telah dapat meluangkan masa hadir ke sekolah sebagai tanda sokongan demi kepentingan anak-anak mereka. Mereka juga dapat berbincang secara terbuka dengan para guru mengenai perkembangan terkini anak mereka semasa di sekolah.


Pihak Unit Penilaian & Peperiksaan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru di atas komitmen menjayakan program ini.  Syabas dan tahniah juga kepada ibu bapa / penjaga yang hadir.  Anda sememangnya ibu bapa yang prihatin terhadap kemajuan pencapaian akademik anak-anak tuan/puan.


Mari kita saksikan detik bersejarah Perjumpaan Profesional kali ini :













Tuesday, 28 June 2011

TAKLIMAT PERJUMPAAN PROFESIONAL 2011

Taklimat ini telah diadakan pada 28 Jun 2011 kepada semua guru SMKTTJ. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi gambaran awal apa yang akan berlaku sepanjang program yang dirancang pada 1 Julai 2011. Perjumpaan akan diadakan pada masa berikut:
10.00 - 12.00 tengahari - bagi pelajar sesi pagi
4.00 - 6.00 petang - bagi pelajar sesi petang.

Semoga program yang dirancang akan berjalan lancar.