Saturday 2 July 2011

PERJUMPAAN PROFESIONAL 2011

Syukur dengan ketentuan-Nya program ini telah dapat diadakan pada hari ini (1 Julai 2011) bertempat di kelas masing-masing pada ketentuan berikut : 
 - Pelajar sesi pagi - 10.00 pagi - 12.20 tengahari.
 - Pelajar sesi petang - 4.00 petang - 6.30 petang.


Antara tujuan perjumpaan ini ialah :
1- Dapat mempertemukan antara ibu bapa / penjaga, guru-guru dan pelajar untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran demi pembinaan sahsiah serta kemajuan akademik anak-anak.
2- Dapat memberi pendedahan dan panduan tentang kerjaya anak-anak mereka.
3- Dapat mempereratkan hubungan baik antara ibu bapa / penjaga dengan guru-guru.

Program tahunan ini amat penting bagi pihak sekolah bagi mendapat maklumbalas mengenai cara guru mengajar dan juga prestasi peperiksaan pelajar khususnya peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.Sebahagian besar ibu bapa / penjaga telah dapat meluangkan masa hadir ke sekolah sebagai tanda sokongan demi kepentingan anak-anak mereka. Mereka juga dapat berbincang secara terbuka dengan para guru mengenai perkembangan terkini anak mereka semasa di sekolah.


Pihak Unit Penilaian & Peperiksaan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru di atas komitmen menjayakan program ini.  Syabas dan tahniah juga kepada ibu bapa / penjaga yang hadir.  Anda sememangnya ibu bapa yang prihatin terhadap kemajuan pencapaian akademik anak-anak tuan/puan.


Mari kita saksikan detik bersejarah Perjumpaan Profesional kali ini :













1 comment:

  1. Tq so much utk ustazah Asyirah n Rohayu tolong set up blog UPP. Utk semua SUP TQ so much juga kerana bertungkus lumus untuk SAPS.

    ReplyDelete