Monday 18 June 2012

SURAT MAKLUMAN PERJUMPAAN PROFESIONAL


Ruj. Tuan        :
Ruj. Kami        :   Bil ( 04  ) dlm. SMKTTJ/05/06/009
Tarikh              :    15 Jun 2012

Kepada,
Semua Ibu bapa / Penjaga  pelajar,
SMK Taman Tuanku Jaafar.

Tuan/ Puan,

Perjumpaan  Profesional Ibu bapa, Guru dan  Pelajar  2012

Dengan segala hormatnya,  perkara  di atas  adalah  dirujuk .

2.         Perjumpaan Profesional  tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut .

                        Tarikh              :  28 Jun 2012  (Khamis)

                        Masa                :  11.10 pagi  hingga  1.10 petang (Sesi Pagi)
                                                   4.30 petang hingga  6.30 petang    (Sesi Petang)

                        Tempat            :  Sek. Men. Keb. Taman Tuanku Jaafar, Seremban

3.         Tuan/ puan dijemput untuk berbincang, bertukar-tukar fikiran demi pembinaan sahsiah dan meningkatkan prestasi anak masing-masing untuk kemajuan akademik serta peluang kerjaya anak-anak.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
  
Saya yang menurut perintah ,

 ........................................
Pengetua
SMK Taman Tuanku Jaafar,
71450 Seremban,
Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment