Sunday 25 December 2011

SEKITAR KEPUTUSAN PMR 2011

Pada 22 hb Disember yang lalu, keputusan PMR 2011 telah diumumkan. Sekali lagi, SMKTTJ mencatat kejayaan yang cemerlang di dalam PMR ini. Seramai 27 orang pelajar telah mendapat kejayaan semua A, berbanding 22 orang pada tahun lepas.. Peningkatan juga berlaku di dalam peratusan kelulusan beberapa mata pelajaran.


Tuan Pengetua, En. Omar bin Ahmad telah mengumumkan kepada ibu bapa dan pelajar nama-nama mereka yang cemerlang 2011.  Kemudian diikuti oleh nama pelajar yang memperolehi 7A dan 6A.  Pelajar cemerlang ini telah diserahkan keputusan peperiksaan mereka dalam majlis berasingan di Balai Konferensi SMKTTJ oleh pengetua kepada ibu bapa dan penjaga masing-masing. 

Pihak UPP sungguh berbangga dan mengucapkan Tahniah buat semua pelajar yang telah mendapat kejayaan cemerlang. Tahniah juga buat semua guru yang bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan ini milik kita bersama.


















Monday 19 December 2011

KEPUTUSAN PMR 2011

Hari ini Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu pengumuman yang sangat dinantikan oleh semua iaitu keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diumumkan pada hari Khamis (22 Disember 2011). Semua calon boleh membuat semakan dan mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi.
Di samping itu  Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.

Format penghantaran

Taipkan :-

PMR [ No KP ] [Angka Giliran]

sms ke :-

15888

Contoh

PMR 951021145879 NG004A040 sms ke 15888
Berita ini pastinya akan mendebarkan calon PMR 2011. Kepada pelajar-pelajar PMR ini didoakan agar kalian semua memperolehi keputusan yang cemerlang.