Friday 23 March 2012

KEPUTUSAN SPM LAGI

Beberapa fakta keputusan SPM tahun ini :


1-Peningkatan GPS daripada 5.7 kepada 5.5
2- Jumlah pelajar yang mendapat straight A's adalah seramai 2 orang. 
3- Pelajar terbaik ialah Mohd. Hanafi Bin Mohd. Husin (9A+ , 1 A) dan Siti Nur Najiha binti mad Tajudin ( 2 A+ 5A, 3A-). 
4- Peratus semua lulus juga meningkat daripada 52.2% kepada 56%. 
5- Sebanyak 13 mata pelajaran mencatatkan peningkatan peratus lulus dengan 10 mata pelajaran mencatat kelulusan 100%. 
6- Peningkatan juga dicatatkan di dalam peratusan atau bilangan pencapaian A di dalam mata pelajaran serta penurunan bilangan gagal yang besar di dalam setiap mata pelajaran.


Syabas kepada semua...


Sekitar penyampaian slip keputusan SPM kepada yang cemerlang...












KEPUTUSAN SPM 2011

Pada pagi 21 Mac 2012 keputusan SPM diumumkan...Tepat jam 12.00 tengahari,  tuan pengetua, Tuan Omar bin Ahmad telah mengumumkan keputusan SPM kepada semua pelajar yang setia menanti dengan penuh debaran...Muhammad Hanafi dan Nur Najiha telah diumumkan sebagai pelajar terbaik dengan 10A dan seramai 24 calon mencapai kecemerlangan dengan memperolehi 5A ke atas.

Tahniah buat semua pelajar yang cemerlang...sesungguhnya kejayaan mereka adalah kejayaan kita semua. Bagi yang kurang berjaya usaha lagi..semoga terus beroleh kecemerlangan di masa mendatang.



Sekitar hari keputusan diumumkan ...

















Wednesday 14 March 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2011

Menurut satu kenyataan di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my :


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.


Kepada semua pelajar SMK Taman Tuanku Jaafar, 
semoga kalian mencapai kejayaan cemerlang.

Sunday 4 March 2012

MESYUARAT & TAKLIMAT PENDAFTARAN SPM

Mesyuarat & Taklimat Pendaftaran SPM 2012 telah diadakan baru-baru ini kepada semua Setiausaha Peperiksaan SPM seperti ketetapan di bawah:
Tarikh  : 29 hb Feb - 2 hb Mac 2012
Tempat : Hotel Permaisuri, MITC, Melaka
Anjuran  : Unit Peperiksaan SPM, JPNS

Semua SUP SPM diberi taklimat mengenai Pendaftaran SPM online yang diadakan sepanjang Mac ini. Selain itu, pelbagai isu berkaitan dengan pengurusan SPM telah dikongsi bersama oleh Pegawai SPP antaranya Pengendalian Pusat Peperiksaan, Calon Berkeperluan Khas dan sebagainya. Para peserta juga mendengar sesi khas dari Pegawai Lembaga Peperiksaan berkaitan Pembinaan Item. Semoga program ini meningkatkan pengetahuan SUP mengendalikan peperiksaan SPM di sekolah masing-masing.






Thursday 1 March 2012

JADUAL UJIAN SELARAS 1 2012

Semoga Berjaya Pelajar-pelajar SMKTTJ

Jadual Ujian Selaras 1 (Bagi Sesi Pagi)

Jadual Ujian Selaras 1 (Bagi Sesi Petang)