Friday, 24 June 2011

SAPS MENGGANTIKAN ISIS

SAPS singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah  kini dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.  SAPS merupakan sistem baru yang dibangunkan secara atas talian (online) yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. 

Dengan penggunaan SAPS ini, sistem kemasukan markah pelajar yang digunapakai sebelum ini iaitu ISIS sudah tidak digunakan lagi. Sistem SAPS yang baru ini dilihat lebih efisyen dan membantu tugas guru memasukkan markah peperiksaan dengan lebih cepat dan tidak perlu mengambil giliran di Bilik Peperiksaan.

Justeru, Hari Sabtu yang lalu (18 Jun 2011) bertempat di Balai Konferensi, SMKTTJ telah diadakan saru LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) buat semua guru-guru SMKTTJ.  Seawal jam 7.30 pagi, guru-guru mula memenuhi perkarangan SMKTTJ bagi menghadirkan diri ke Bengkel Pengendalian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ). LDP yang dianjurkan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan SMKTTJ ini adalah bertujuan untuk mendedahkan guru-guru dengan cara mengendalikan SAPS secara talian terus dan meningkatkan pengetahuan guru tentang SAPS dan dapat menggunakan sistem ini secara menyeluruh.

Barisan fasilitator diketuai oleh Pn. Noraishah Safiei dengan dibantu oleh Pn. Asyirah Zakaria, Pn. Rohayu Mustafa, Pn. Shara'yah Mansor dan Pn. Yati Syuhaida Yazid. Guru-guru telah diberi taklimat pengendalian SAPS terlebih dahulu. Selepas rehat, guru-guru mula berpecah mengikut kumpulan. 

Lokasi yang terlibat adalah di Bilik Konferensi, Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer. Guru-guru tingkatan bertanggungjawab untuk memastikan data kelas masing-masing adalah lengkap dan seterusnya guru mata pelajaran akan mendaftarkan mata pelajaran yang diajar di setiap kelas dan memasukkan markah bagi Ujian Bulanan 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan TOV / ETR bagi tahun 2011. 

Harapan pihak UPP dengan SAPS ini segala keputusan dan analisa dapat dikeluarkan dengan tepat dan cepat khususnya untuk program Perjumpaan 3 Penjuru yang bakal diadakan pada 1 Julai 2011.

 Pendaftaran guru-guru
 Guru-guru begitu bersemangat berbengkel


Sekalung penghargaan buat Pn. Noraishah (Guru Data) kerana sudi menyampaikan LDP kali ini.


No comments:

Post a Comment