Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang baru digunapakai dalam Peperiksaan Pertengahan tahun ini menggunakan skala gred kebangsaan. Kedudukan pelajar dalam kelas atau tingkatan dikira mengikut gred pencapaian pelajar, bukannya lagi dikira mengikut jumlah peratusan pencapaian pelajar seperti amalan selalu.
Di bawah ini ditunjukkan cara menentukan gred purata pelajar :
Monday, 4 July 2011
Saturday, 2 July 2011
PERJUMPAAN PROFESIONAL 2011
Syukur dengan ketentuan-Nya program ini telah dapat diadakan pada hari ini (1 Julai 2011) bertempat di kelas masing-masing pada ketentuan berikut :
- Pelajar sesi pagi - 10.00 pagi - 12.20 tengahari.
- Pelajar sesi petang - 4.00 petang - 6.30 petang.
Antara tujuan perjumpaan ini ialah :
- Pelajar sesi pagi - 10.00 pagi - 12.20 tengahari.
- Pelajar sesi petang - 4.00 petang - 6.30 petang.
Antara tujuan perjumpaan ini ialah :
1- Dapat mempertemukan antara ibu bapa / penjaga, guru-guru dan pelajar untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran demi pembinaan sahsiah serta kemajuan akademik anak-anak.
2- Dapat memberi pendedahan dan panduan tentang kerjaya anak-anak mereka.
3- Dapat mempereratkan hubungan baik antara ibu bapa / penjaga dengan guru-guru.
Program tahunan ini amat penting bagi pihak sekolah bagi mendapat maklumbalas mengenai cara guru mengajar dan juga prestasi peperiksaan pelajar khususnya peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.Sebahagian besar ibu bapa / penjaga telah dapat meluangkan masa hadir ke sekolah sebagai tanda sokongan demi kepentingan anak-anak mereka. Mereka juga dapat berbincang secara terbuka dengan para guru mengenai perkembangan terkini anak mereka semasa di sekolah.
Pihak Unit Penilaian & Peperiksaan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru di atas komitmen menjayakan program ini. Syabas dan tahniah juga kepada ibu bapa / penjaga yang hadir. Anda sememangnya ibu bapa yang prihatin terhadap kemajuan pencapaian akademik anak-anak tuan/puan.
Mari kita saksikan detik bersejarah Perjumpaan Profesional kali ini :
Pihak Unit Penilaian & Peperiksaan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru di atas komitmen menjayakan program ini. Syabas dan tahniah juga kepada ibu bapa / penjaga yang hadir. Anda sememangnya ibu bapa yang prihatin terhadap kemajuan pencapaian akademik anak-anak tuan/puan.
Mari kita saksikan detik bersejarah Perjumpaan Profesional kali ini :
Tuesday, 28 June 2011
TAKLIMAT PERJUMPAAN PROFESIONAL 2011
10.00 - 12.00 tengahari - bagi pelajar sesi pagi
4.00 - 6.00 petang - bagi pelajar sesi petang.
Semoga program yang dirancang akan berjalan lancar.
Sunday, 26 June 2011
KEMASUKAN MARKAH PPT T3 2011 ( SAPS ) SELESAI.........
Alhamdulillah dengan izinnya jua akhirnya kemasukan markah PPT bagi pelajar T3 telah selesai. UPP mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua guru MP T3 yang telah berusaha " Key in " markah melalui SAPS walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan terutama dari segi masa dan beberapa kelemahan dari SAPS yang terpaksa kita harungi dan atasi bersama. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi untuk tingkatan yang lain pula agar Perjumpaan Profesional yang kita rancang pada 1 Julai ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Friday, 24 June 2011
SAPS MENGGANTIKAN ISIS
SAPS singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah kini dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS merupakan sistem baru yang dibangunkan secara atas talian (online) yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
Dengan penggunaan SAPS ini, sistem kemasukan markah pelajar yang digunapakai sebelum ini iaitu ISIS sudah tidak digunakan lagi. Sistem SAPS yang baru ini dilihat lebih efisyen dan membantu tugas guru memasukkan markah peperiksaan dengan lebih cepat dan tidak perlu mengambil giliran di Bilik Peperiksaan.
Justeru, Hari Sabtu yang lalu (18 Jun 2011) bertempat di Balai Konferensi, SMKTTJ telah diadakan saru LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) buat semua guru-guru SMKTTJ. Seawal jam 7.30 pagi, guru-guru mula memenuhi perkarangan SMKTTJ bagi menghadirkan diri ke Bengkel Pengendalian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ). LDP yang dianjurkan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan SMKTTJ ini adalah bertujuan untuk mendedahkan guru-guru dengan cara mengendalikan SAPS secara talian terus dan meningkatkan pengetahuan guru tentang SAPS dan dapat menggunakan sistem ini secara menyeluruh.
Barisan fasilitator diketuai oleh Pn. Noraishah Safiei dengan dibantu oleh Pn. Asyirah Zakaria, Pn. Rohayu Mustafa, Pn. Shara'yah Mansor dan Pn. Yati Syuhaida Yazid. Guru-guru telah diberi taklimat pengendalian SAPS terlebih dahulu. Selepas rehat, guru-guru mula berpecah mengikut kumpulan.
Lokasi yang terlibat adalah di Bilik Konferensi, Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer. Guru-guru tingkatan bertanggungjawab untuk memastikan data kelas masing-masing adalah lengkap dan seterusnya guru mata pelajaran akan mendaftarkan mata pelajaran yang diajar di setiap kelas dan memasukkan markah bagi Ujian Bulanan 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan TOV / ETR bagi tahun 2011.
Harapan pihak UPP dengan SAPS ini segala keputusan dan analisa dapat dikeluarkan dengan tepat dan cepat khususnya untuk program Perjumpaan 3 Penjuru yang bakal diadakan pada 1 Julai 2011.
Pendaftaran guru-guruGuru-guru begitu bersemangat berbengkel
Sekalung penghargaan buat Pn. Noraishah (Guru Data) kerana sudi menyampaikan LDP kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)













