Antara strategik peningkatan akademik pada tahun ini pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) telah memperkenalkan Sistem Cocostar (Colour Codingdan Strategic Target) dalam analisa peperiksaan. Justeru itu satu taklimat kepada semua Guru Penolong Kanan telah diberi pada 10 Julai 2012 yang lalu. Antara bahan paparan slide show yang boleh dikongsi :
Wednesday, 18 July 2012
Saturday, 30 June 2012
PERJUMPAAN PROFESSIONAL 2012
Program ini dapat berjalan seperti dirancang pada 28 Jun 2012 (Khamis) yang lalu di kelas masing-masing seperti ketetapan dibawah :
- 11.00 pagi hingga 1.10 petang ( Pelajar Sesi Pagi)
- 4.30
petang hingga 6.30 petang ( Pelajar Sesi Petang)
Antara objektif program
1- Dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan.
2- Dapat memberi pendedahan
dan panduan tentang kerjaya anak- anak mereka
3- Dapat mengeratkan
hubungan baik antara ibu bapa / penjaga dengan guru-guru.
Penyertaan ibu bapa kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya berdasarkan borang yang dilengkapkan oleh guru tingkatan.:
Sesi Pagi – 543 / 1061
Sesi Petang – 263 / 384
Penyertaan ibu bapa kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya berdasarkan borang yang dilengkapkan oleh guru tingkatan.:
Sesi Pagi – 543 / 1061
Sesi Petang – 263 / 384
Monday, 18 June 2012
SURAT MAKLUMAN PERJUMPAAN PROFESIONAL
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Bil ( 04 ) dlm. SMKTTJ/05/06/009
Tarikh : 15 Jun 2012
Kepada,
Semua Ibu bapa /
Penjaga pelajar,
SMK Taman Tuanku Jaafar.
Tuan/ Puan,
Perjumpaan
Profesional Ibu bapa, Guru dan
Pelajar 2012
Dengan segala
hormatnya, perkara di atas
adalah dirujuk .
2. Perjumpaan Profesional
tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut .
Tarikh : 28 Jun 2012
(Khamis)
Masa : 11.10 pagi
hingga 1.10 petang (Sesi Pagi)
4.30 petang hingga 6.30 petang
(Sesi Petang)
Tempat : Sek. Men. Keb. Taman Tuanku Jaafar, Seremban
3. Tuan/ puan dijemput untuk berbincang, bertukar-tukar fikiran
demi pembinaan sahsiah dan meningkatkan prestasi anak masing-masing untuk
kemajuan akademik serta peluang kerjaya anak-anak.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menurut perintah
,
........................................
Pengetua
SMK Taman Tuanku Jaafar,
71450 Seremban,
Negeri Sembilan.
Saturday, 16 June 2012
FAIL PBS TINGKATAN 1
Alhamdulillah...akhirnya pihak sekolah berhasil menempah fail-fail untuk kegunaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tingkatan 1...
Friday, 15 June 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)












