Monday, 18 June 2012

SURAT MAKLUMAN PERJUMPAAN PROFESIONAL


Ruj. Tuan        :
Ruj. Kami        :   Bil ( 04  ) dlm. SMKTTJ/05/06/009
Tarikh              :    15 Jun 2012

Kepada,
Semua Ibu bapa / Penjaga  pelajar,
SMK Taman Tuanku Jaafar.

Tuan/ Puan,

Perjumpaan  Profesional Ibu bapa, Guru dan  Pelajar  2012

Dengan segala hormatnya,  perkara  di atas  adalah  dirujuk .

2.         Perjumpaan Profesional  tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut .

                        Tarikh              :  28 Jun 2012  (Khamis)

                        Masa                :  11.10 pagi  hingga  1.10 petang (Sesi Pagi)
                                                   4.30 petang hingga  6.30 petang    (Sesi Petang)

                        Tempat            :  Sek. Men. Keb. Taman Tuanku Jaafar, Seremban

3.         Tuan/ puan dijemput untuk berbincang, bertukar-tukar fikiran demi pembinaan sahsiah dan meningkatkan prestasi anak masing-masing untuk kemajuan akademik serta peluang kerjaya anak-anak.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
  
Saya yang menurut perintah ,

 ........................................
Pengetua
SMK Taman Tuanku Jaafar,
71450 Seremban,
Negeri Sembilan.

Saturday, 16 June 2012

FAIL PBS TINGKATAN 1

Alhamdulillah...akhirnya pihak sekolah berhasil menempah fail-fail untuk kegunaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tingkatan 1...






Friday, 15 June 2012

Saturday, 19 May 2012

MESIN PENGIMBAS OMR BARU

Bermula Peperiksaan Pertengahan Tahun ini, UPP menyediakan perkhidmatan mesin pengimbas OMR yang baru....Semua guru telah diberikan taklimat penggunaan mesin ini oleh Setiausaha Peperiksaan. Penggunaan mesin ini amat mudah sekali...semua guru berpeluang menggunakan mesin ini sambil dipantau oleh UPP. Selain mengambil masa yang sangat cepat untuk mengimbas jawapan pelajar, mesin ini juga berupaya mengeluarkan analisa item bagi setiap kelas malah seluruh tingkatan dengan mudahnya...







Friday, 18 May 2012

LAWATAN KE SKTTJ 2

Pada hari Selasa yang lalu (15 Mei 2012) pihak UPP (Pn Asyirah Haji Zakaria dan Pn. Vasanthimalar A/P Kandasamy) telah mengadakan lawatan penanda aras di SK Taman Tuanku Jaafar 2. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sistem fail PBS KSSR dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).. Kunjungan kami mendapat kerjasama yang baik oleh pihak sekolah khasnya Penolong Kanan 1 dan Pn Suhana (penyelaras PBS)....Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini..