Thursday, 1 March 2012

JADUAL UJIAN SELARAS 1 2012

Semoga Berjaya Pelajar-pelajar SMKTTJ

Jadual Ujian Selaras 1 (Bagi Sesi Pagi)

Jadual Ujian Selaras 1 (Bagi Sesi Petang)




Wednesday, 29 February 2012

TAKLIMAT GPS KALKULATOR PMR & COCO STAR

Taklimat penggunaan GPS Kalkulator PMR & Sistem coco star telah diadakan kepada pihak pengurusan, Ketua Panitia PMR dan setiausaha peperiksaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Februari 2012
Masa   : 2.00 - 5.00 petang
Tempat  : Perpustakaan, SMKTTJ
Penceramah Jemputan : Tn Haji Yahaya Bin Daros, Ketua Unit Penilaian, JPNS

Program yang julung kali diadakan ini oleh Unit Penilaian & Peperiksaan ini adalah bertujuan agar guru-guru khususnya Ketua Panitia dan Setiausaha Peperiksaan mendapat pendedahan sistem ini seterusnya menggunakan program ini untuk mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran PMR mahupun SPM. Dengan penggunaan sistem ini guru-guru berupaya mengenalpasti pelajar cemerlang, gemilang, harapan dan sebagainya. Semoga program ini banyak manfaatnya.

Wednesday, 25 January 2012

TAKLIMAT SPPBS 2012

TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH  (SPPBS):
Tarikh :   17 JANUARI 2011(Selasa)
Masa   :   12.00 tengahari hingga 2.00 petang.
Tempat :   Balai Konferensi, SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban

Program yang dianjurkan oleh Unit Penilaian & Peperiksaan ini mendapat sambutan yang menggalakkan.  Seramai 99 orang dari 101 orang guru SMK Taman Tuanku  Jaafar telah hadir ke program ini.
Antara Objektif program ini adalah untuk :
1-Mendedahkan guru cara pengurusan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang akan dilaksanakan bermula tahun 2012
2-Meningkatkan Pengetahuan guru tentang PBS dan dapat mengendalikan sistem ini secara menyeluruh.

Aturcara program :
Masa                                     Perkara
12.00 pm – 12.10 pm              Pendaftaran guru
12.10 pm – 12.15 pm              Ucapan Pengerusi  Majlis
                                             Bacaan Doa
12.15 pm – 1.30 pm                Taklimat SPPBS
                                             Disampaikan oleh :  Pn Rohayu Mustafa (Wakil UPP)
1.30 pm - 2.00 pm                  Sesi soal jawab
2.00 pm                                 Bersurai

Program ini telah dapat dijalankan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Komitmen semua guru sangat baik sepanjang program. Tahniah. Diharapkan semua guru dapat menggunakan SPPBS lebih baik pada masa mendatang.












Sunday, 25 December 2011

SEKITAR KEPUTUSAN PMR 2011

Pada 22 hb Disember yang lalu, keputusan PMR 2011 telah diumumkan. Sekali lagi, SMKTTJ mencatat kejayaan yang cemerlang di dalam PMR ini. Seramai 27 orang pelajar telah mendapat kejayaan semua A, berbanding 22 orang pada tahun lepas.. Peningkatan juga berlaku di dalam peratusan kelulusan beberapa mata pelajaran.


Tuan Pengetua, En. Omar bin Ahmad telah mengumumkan kepada ibu bapa dan pelajar nama-nama mereka yang cemerlang 2011.  Kemudian diikuti oleh nama pelajar yang memperolehi 7A dan 6A.  Pelajar cemerlang ini telah diserahkan keputusan peperiksaan mereka dalam majlis berasingan di Balai Konferensi SMKTTJ oleh pengetua kepada ibu bapa dan penjaga masing-masing. 

Pihak UPP sungguh berbangga dan mengucapkan Tahniah buat semua pelajar yang telah mendapat kejayaan cemerlang. Tahniah juga buat semua guru yang bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan ini milik kita bersama.