Monday, 3 March 2014
Friday, 3 August 2012
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SELARAS 2012
Diucapkan Semoga Berjaya Cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan yang akan diadakan
pada 6 hingga 10 Ogos 2012 kepada semua calon PMR 2012.
Sunday, 22 July 2012
BAHAN TAKLIMAT PAJSK
Antara paparan Slide Show Guru Penolong Kanan berkaitan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) kepada semua guru :
Saturday, 21 July 2012
Friday, 20 July 2012
TAKLIMAT SPPBS & PAJSK
Semasa program Bicara Minda yang lalu ( 17 Julai 2012) satu taklimat berkaitan SPPBS dan PAJSK telah diadakan oleh Setiausaha Peperiksaan dan Penolong Kanan Kokurikulum. Taklimat ini bagi mendedahkan tentang PAJSK dan sistem SPPBS secara lebih jelas dan secara on line. Semua guru yang hadir diberikan surat log ini untuk memasuki sistem ini.. Semoga urusan kemasukan SPPBS selepas ini menjadi lebih lancar.
Wednesday, 18 July 2012
ANALISA COCO STAR
Antara strategik peningkatan akademik pada tahun ini pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) telah memperkenalkan Sistem Cocostar (Colour Codingdan Strategic Target) dalam analisa peperiksaan. Justeru itu satu taklimat kepada semua Guru Penolong Kanan telah diberi pada 10 Julai 2012 yang lalu. Antara bahan paparan slide show yang boleh dikongsi :
Saturday, 30 June 2012
PERJUMPAAN PROFESSIONAL 2012
Program ini dapat berjalan seperti dirancang pada 28 Jun 2012 (Khamis) yang lalu di kelas masing-masing seperti ketetapan dibawah :
- 11.00 pagi hingga 1.10 petang ( Pelajar Sesi Pagi)
- 4.30
petang hingga 6.30 petang ( Pelajar Sesi Petang)
Antara objektif program
1- Dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan.
2- Dapat memberi pendedahan
dan panduan tentang kerjaya anak- anak mereka
3- Dapat mengeratkan
hubungan baik antara ibu bapa / penjaga dengan guru-guru.
Penyertaan ibu bapa kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya berdasarkan borang yang dilengkapkan oleh guru tingkatan.:
Sesi Pagi – 543 / 1061
Sesi Petang – 263 / 384
Penyertaan ibu bapa kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya berdasarkan borang yang dilengkapkan oleh guru tingkatan.:
Sesi Pagi – 543 / 1061
Sesi Petang – 263 / 384
Monday, 18 June 2012
SURAT MAKLUMAN PERJUMPAAN PROFESIONAL
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Bil ( 04 ) dlm. SMKTTJ/05/06/009
Tarikh : 15 Jun 2012
Kepada,
Semua Ibu bapa /
Penjaga pelajar,
SMK Taman Tuanku Jaafar.
Tuan/ Puan,
Perjumpaan
Profesional Ibu bapa, Guru dan
Pelajar 2012
Dengan segala
hormatnya, perkara di atas
adalah dirujuk .
2. Perjumpaan Profesional
tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut .
Tarikh : 28 Jun 2012
(Khamis)
Masa : 11.10 pagi
hingga 1.10 petang (Sesi Pagi)
4.30 petang hingga 6.30 petang
(Sesi Petang)
Tempat : Sek. Men. Keb. Taman Tuanku Jaafar, Seremban
3. Tuan/ puan dijemput untuk berbincang, bertukar-tukar fikiran
demi pembinaan sahsiah dan meningkatkan prestasi anak masing-masing untuk
kemajuan akademik serta peluang kerjaya anak-anak.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menurut perintah
,
........................................
Pengetua
SMK Taman Tuanku Jaafar,
71450 Seremban,
Negeri Sembilan.
Saturday, 16 June 2012
FAIL PBS TINGKATAN 1
Alhamdulillah...akhirnya pihak sekolah berhasil menempah fail-fail untuk kegunaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tingkatan 1...
Friday, 15 June 2012
Saturday, 19 May 2012
MESIN PENGIMBAS OMR BARU
Bermula Peperiksaan Pertengahan Tahun ini, UPP menyediakan perkhidmatan mesin pengimbas OMR yang baru....Semua guru telah diberikan taklimat penggunaan mesin ini oleh Setiausaha Peperiksaan. Penggunaan mesin ini amat mudah sekali...semua guru berpeluang menggunakan mesin ini sambil dipantau oleh UPP. Selain mengambil masa yang sangat cepat untuk mengimbas jawapan pelajar, mesin ini juga berupaya mengeluarkan analisa item bagi setiap kelas malah seluruh tingkatan dengan mudahnya...
Friday, 18 May 2012
LAWATAN KE SKTTJ 2
Pada hari Selasa yang lalu (15 Mei 2012) pihak UPP (Pn Asyirah Haji Zakaria dan Pn. Vasanthimalar A/P Kandasamy) telah mengadakan lawatan penanda aras di SK Taman Tuanku Jaafar 2. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sistem fail PBS KSSR dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).. Kunjungan kami mendapat kerjasama yang baik oleh pihak sekolah khasnya Penolong Kanan 1 dan Pn Suhana (penyelaras PBS)....Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini..
Lawatan kami turut diabadikan dalam blog SKTTJ2..
Subscribe to:
Posts (Atom)


























