TAKLIMAT PENGGUNAAN MESIN PENGIMBAS BORANG OMR ( OBJEKTIF )
Tarikh : 4 Ogos 2011 ( Khamis )
Masa : 2. 00 – 3.30 ptg
Tempat : Bilik UPP
Sasaran : Guru Data dan Semua SU Peperiksaan
UPP SMKTTJ sekali lagi menyahut cabaran Pengetua En. Omar Ahmad untuk melakukan transformasi agar tugasan-tugasan yang berkaitan dengan Penilaian dan Pentaksiran dapat dilaksanakan dengan lebih SISTEMATIK, CEPAT dan TEPAT.
Hari ini dua orang wakil daripada Syarikat Percetakan Keselamatan Nasional SDN. BHD. En. Zanzali Bin Md Noh ( Pengurus Kanan Jualan ) dan sahabatnya telah memberi penerangan ringkas kepada Tn. Pengetua, Setiausaha Peperiksaan dan SU PMR berkenaan dengan Penggunaan mesin tersebut.
Insyaallah, mesin itu akan digunakan sebaik sahaja Peperiksaan
Penilaian Tingkatan Tiga ( Trial PMR ) bermula iaitu pada
8 – 12 Ogos 2011.
Mesin tersebut juga dapat digunakan untuk membuat Analisis ITEM mengikut
subjek dan kelas, Data SMM dan juga Markah Kokurikulum. Para pelajar
dikehendaki membeli Borang OMR dengan harga RM 1. 00 untuk 8 keping
yang akan dijual di Koperasi SMKTTJ tidak lama lagi.